Tadika Darul Irsyad adalah model pendidikan pra-sekolah berkonsepkan Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah, yang mampu mengembangkan potensi anak-anak dari segi rohani, emosi, intelektual dan jamani.
Kurikulum dan kokurikulum Tadika Darul Irsyad telah direkabentuk sebagai alternatif kepada ibubapa untuk memilih pusat pendidikan pra- sekolah untuk anak-anak sebagai persediaan menempuhi alam persekolahan penuh.
Kurikulum dan kokurikulum Tadika Darul Irsyad telah direkabentuk sebagai alternatif kepada ibubapa untuk memilih pusat pendidikan pra- sekolah untuk anak-anak sebagai persediaan menempuhi alam persekolahan penuh.
OBJEKTIF
1. Menyediakan wadah pendidikan awal dengan kaedah pendidikan berorientasikan Islam
2. Menanam dan membina asas tauhid dalam diri dan kehidupan kanak-kanak.
3. Membina akhlaq Islam yang tulen supaya menjiwai peribadi mulia Rasullullah S.A.W
4. Menyediakan rangsangan yang bercorak Islamiah,
sesuai dengan perkembangan intelek, rohani dan jasmani kanak-kanak.
5. Mengenali kehidupan Islam yang sesuai dengan
peringkat umur dan kematangan mereka.
6. Memberi pendidikan asas mengenai kemahiran
berkomunikasi dalam kehidupan seharian.
KURIKULUM
· Matapelajaran
Akademik
a. Bahasa
Melayu,
b. Bahasa
Inggeris.
c. Matematik
d. Sains
· Matapelajaran Agama
a. Al-Quran (Hafazan Surah, Mengenal
huruf Bacaan al-Quran)
b.
Fardhu Ain (Amali Solat, Ibadah,
Akhlak, Aqidah dan Sirah)
c.
Bahasa
Arab (Bahasa Arab Komunikasi)
d.
Jawi (Asas-asas Mengenal
tulisan dan bacaan jawi)
Tadika Darul Irsyad menggunakan kurikulum Standard Prasekolah
Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan diintegrasikan
dengan kurikulum khas yang dirangka oleh pihak ABIM iaitu;
Fardhu Ain, Al-Quran, Bahasa Arab dan Jawi.
Penyelaras aktiviti/kurikulum tadika ini dipengerusikan oleh
Ustazah Hajah Che Puteh binti Haji Saad berpengalaman lebih
25 tahun dibidang pendidikan. Lepasan Institut Ilmu-ilmu Islam
(IPI-ABIM) seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam Alor Setar.
WAKTU OPERASI
Hari Ahad hingga Khamis
Masa 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
(Kelas Transit disediakan sehingga 5.30 petang )
Masa 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
(Kelas Transit disediakan sehingga 5.30 petang )
"PENJANA KHAYRA
UMMAH"