Kaedah/Sistem pengajaran dan pembelajaran
di Darul Irsyad mengabungkan cara pengajaran tradisional (sistem
individu) dan moden (sistematik berkelas)
Keistimewaan
Sistem pembelajaran yang
diperkenalkan disini mengikut kaedah qiraati, bacaan al Quran bertajwid dan
tanda bacaan Resm Uthmani.
- Pengajian tanpa mengira peringkat umur (dewasa
atau kanak-kanak);
- Dibimbing secara individu (seorang demi seorang);
- Tenaga pengajar yang berkelulusan dan
berpengalaman (Diploma Tahfiz); Yuran pengajian yang berpatutan;
- Persekitaran dan suasana pembelajaran yang
selesa;
- Sebuah kelas pengajian yang berdaftar; dan
- Sijil tamat pengajian disediakan.
Perkara Asas Fardhu Ain
- Pelajar akan melaksanakan wudhu’ dan solat
secara amali / praktikal;
- Pelajar akan dilatih untuk menghafal ayat-ayat
lazim dan ayat-ayat pilihan berdasarkan teknik hafazan yang
betul; dan
- Doa-doa harian dan zikir akan
diajarkan sebagai amalan.
Jawi dan Bahasa Arab
- Pelajar akan didedahkan dengan teknikasas
penulisan jawi;
- Pelajar akan mempelajari kalimah-kalimah arab
yang mudah;
- Pelajar akan diperkenalkan angka-angka
arab;
Aktiviti Tahunan
- Program-program motivasi pelajar;
- Kem Solat / khemah ibadah;dan
- Majlis anugerah kecemerlangan dan Khatam al Quran
Waktu Pengajian
Sesi Petang ( Ahad hingga
Khamis )
Sesi Malam ( Ahad hingga Rabu )
3-00 - 4.30 Petang
8.30 - 9.45 Malam
* Masa tertakluk kepada
perubahan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan