Isnin, 12 November 2012

TADIKA DARUL IRSYAD



Tadika Darul Irsyad adalah model pendidikan pra-sekolah berkonsepkan Islam berpandukan al-Quran dan Sunnah, yang mampu mengembangkan potensi anak-anak dari segi rohani, emosi, intelektual dan jamani.

Kurikulum dan kokurikulum Tadika Darul Irsyad telah direkabentuk sebagai alternatif kepada ibubapa untuk memilih pusat pendidikan pra- sekolah  untuk anak-anak sebagai persediaan menempuhi alam persekolahan penuh.


OBJEKTIF

1.       Menyediakan wadah pendidikan awal dengan kaedah   pendidikan berorientasikan Islam
2.      Menanam dan membina asas tauhid dalam diri dan   kehidupan kanak-kanak.
3.      Membina akhlaq Islam yang tulen supaya menjiwai   peribadi mulia Rasullullah S.A.W
4.      Menyediakan rangsangan yang bercorak Islamiah, sesuai   dengan perkembangan intelek, rohani dan jasmani kanak-kanak.
5.      Mengenali kehidupan Islam yang sesuai dengan peringkat umur dan kematangan   mereka.
6.      Memberi pendidikan asas mengenai kemahiran berkomunikasi dalam kehidupan   seharian. 


KURIKULUM

·     Matapelajaran Akademik

a.    Bahasa Melayu,
b.    Bahasa Inggeris.
c.    Matematik 
d.    Sains

·     Matapelajaran Agama

a.      Al-Quran (Hafazan Surah, Mengenal huruf Bacaan al-Quran)
b.      Fardhu Ain (Amali Solat, Ibadah, Akhlak, Aqidah dan Sirah)
c.       Bahasa Arab (Bahasa Arab Komunikasi)
d.       Jawi (Asas-asas Mengenal tulisan dan bacaan jawi)



Tadika Darul Irsyad menggunakan kurikulum Standard Prasekolah 
Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia dan diintegrasikan 
dengan kurikulum khas yang dirangka oleh pihak ABIM iaitu;
Fardhu Ain, Al-Quran, Bahasa Arab dan Jawi.

Penyelaras aktiviti/kurikulum tadika ini dipengerusikan oleh 
Ustazah Hajah Che Puteh binti Haji Saad berpengalaman lebih
25 tahun dibidang pendidikan. Lepasan Institut Ilmu-ilmu Islam
(IPI-ABIM) seorang pendidik di Sekolah Rendah Islam Alor Setar.


WAKTU OPERASI

Hari Ahad hingga Khamis 
Masa 8.30 Pagi - 12.30 Tengah Hari
(Kelas Transit disediakan sehingga 5.30 petang )


"PENJANA KHAYRA UMMAH"